|
Mohd Azmi Kassim @ Amie dilahirkan
pada 1 Januari 1966. Beliau telah berkhidmat sebagai Esekutif
di salah sebuah Bank terkemuka selama 24 tahun. Sepanjang
perkhidmatan dalam bidang perbankan, beliau banyak menimba
ilmu dipelbagai jabatan. Selepas
menamatkan pengajian dibidang perniagaan, beliau bekerja di
jabatan Akaun & Kewangan dari tahun 1984 sehingga 1990.
Seterusnya beliau diserap ke bahagian Statistik Bank Negara
Malaysia dan Biro Maklumat Cek ( BMC ) dari tahun 1990 hingga
1995. Dari tahun 1996 hingga 2004 beliau ditugaskan ke bahagian
Kelulusan Kad Kredit .
Dari tahun 2004 hingga 2008 beliau mengendalikan pula kebahagian
Pemasaran, Jualan dan Promosi Kad Kredit. Sepanjang berkhidmat
di bahagian Kad kredit, beliau telah di anugerahkan dengan
anugerah Pencapaian cemerlang bagi kelulusan
Kad Kredit dan anugerah Penghargaan Kerjaya
bagi keseluruhan Kad Kredit. Beliau banyak menimba ilmu
dari segi ilmu kemahiran dari sudut kemahiran dan pengurusan
perniagaan.
Sepanjang berkhidmat di sector perbankan, beliau juga terlibat
dengan kerja-kerja amal dimana beliau adalah bekas Bendahari
Persatuan Pereka Bumiputra (BDA) dan Ahli Jawatan Kuasa
Utama. Beliau juga terlibat dengan kerja-kerja dibelakang
pentas sebagai jurusolek sambilan untuk Izatt Artistic
Team Sdn Bhd dan Fine Art & Entertainment. Beliau juga
terlibat dalam bahagian pengurusan imej bagi teater Putri
Gunung Ledang dan M The Opera berkerjasama dengan
Sofea Bee, pengarah Fine Art & Entertainment.
Dengan berbekalkan pengalaman selama 17 tahun semenjak 1992
dalam bidang seni kecantikan, beliau dengan penuh keyakinan
menubuhkan butik kecantikan dan Andaman pengantin dengan nama
SZEMIE ARTISTIC & GALLERY merangkumi Salun Kecantikan,
Pakej Perkahwinan, Sewaan Pakaian beragam, Pengurusan Pentas,
Pengurusan Perniagaan, Kelas Kecantikan, Kelas Tarian Tradisional
/ Kontemporari.
Beliau megambil keputusan menerima Skim Berhenti kerja ( VSS
) di bidang perbankan memandangkan bidang perniagaan terutama
sector kecantikan boleh memberi pulangan pendapatan yang lebih
lumayan. Berbekalkan pengalaman yang diperolehi dipelbagai
jabatan yang melibatkan perniagaan , beliau dengan yakinnya
mengambil keputusan membuka perniagaan Butik Kecantikan iaitu
Szemie Artistic & Gallery merangkumi Butik Pengantin,
Salun Rambut, Pengurusan Pentas, Kelas Tarian Melayu, Kelas
Kecantikan dan Kelas Jahitan".
Beliau banyak menimba ilmu dari segi ilmu kemahiran dari sudut
kemahiran dan pengurusan perniagaan. Beliau juga terlibat
dengan kerja-kerja amal dimana beliau adalah bekas Bendahari
Persatuan Pereka Bumiputra (BDA) dan Ahli Jawatan Kuasa Utama.
Beliau juga terlibat dengan kerja-kerja dibelakang pentas
sebagai jurusolek sambilan atas kerjasama dengan Izatt Artistic
Team Sdn Bhh dan Fine Art & Entertainment.
|