akucantik.com : Advertorial : Femmina - Sihat dan Anggun - Besar dan Anjal!
Femmina
- Sihat dan Anggun, Besar lagi Anjal!
Anggun Cantik Sihat - Itulah kata kunci bagi FEMMINA, produk keluaran terbaru
oleh Gamat Emas Sdn. Bhd.(GESB). Produk tersebut diperbuat daripada 3 jenis
herba utama dari 3 negara bagi menawarkan khasiat tradisional untuk wanita yang
mementingkan kecantikan, kesihatan dan keanggunan mereka.
Pengasas
produk Dr. Syid Ayub Mustafa Al-Qudri berkata salah satu herba yang terpilih
dalam formula menghasilkan Femmina ialah Pueraria Mirifica atau lebih dikenali
sebagai ubi Bidadari putih dari Thailand. Menurut beliau khasiat penggunaan
ubi jenis itu dapat menegangkan dan menganjalkan payudara dan mengurangkan risiko
penyakit barah. Amalan pengambilan makanan Pueraria Mirifica oleh wanita di
Thailand dikatakan mampu membesarkan saiz payu dara merek dalam tempoh tertentu.
Herba tersebut dikatakan berkhasiat untuk awet muda, mengurangkan ubat rambut,
masalah rabun dan basmi kedut kulit.
Herba kedua ialah Labisia pumilla atau biasa disebut sebagai
kacip Fatimah dan Malaysia. Sejak turun-temurun, pokok herba tersebut dikatakan
mampu memulihkan kitaran haid yang terganggu, meningkatkan hormon dan libido
(keinginan seksual). Ia juga dikatakan baik untuk bagi kesihatan wanita lepas
bersalin katanya.
Sementara herba ketiga yang digunakan ialah asparagus racemosus atau Shatvari
yang mampu menggalakkan susu ibu, tingkatkan kesuburan dan melembabkan tisu
peranakan. Sebenarnya tiga herba yang dipilih merupakan antara yang popular
sejak 300 tahun dahulu. Saya mengambil masa selama dua tahun untuk menjalani
kaji selidik dan menghasilkan formula terbaik bagi memenuhi keperluan wanita
yang ingin tampil cantik dan sihat.
PUERARIA
MIRIFICA
Tumbuhan herba yang berasal dari Thailand dan Myanmar ini dikatakan sebagai
herba awet muda adaptogenik yang mengandungi sehingga 13 jenis unsur kimia yang
diklasifikasikan sebagai phytoestrogen antaranya miroestrol, daidzein, genistin,
genistein, B-sitosterol, coumestrol, pueraria, compestrol, mirificoumestan,
kwakhurin dan mirificin.
Seperti yang diwartakan oleh Luang Anusan Suantara pada tahun
1931, Pueraria mirifica berupaya:
Memberi khasiat awet muda
Berkesan membasmi kedutan kulit
Menghitamkan uban dan menggalakkan penumbuhan rambut
Mengatasi masalah rabun mata
Membantu menghindari kelemahan daya ingatan
Memberi kesegaran dan membantu ketangkasan pergerakan
Meningkatkan tenaga
Melancarkan aliran darah
Meningkatkan selera makan kepada yang memerlukan
Mengatasi masalah tidur
Kajian dari para saintis telah menemui bukti sokongan bahawa pengambilan harian
Pueraria mirifica dapat merendahkan risiko penyakit kardiovaskular secara merendahkan
tahap kolesterol darah, melawan kanser payudara dan usus di samping mengatasi
gejala menopaus.
Kajian di Thailand juga menunjukkan phytoestrogen yang dikandungi Pueraria
mirifica berupaya membesarkan payudara dalam lebih 90% dari wanita yang menggunakannya.
Ia mengembangkan tisu lemak dan menegangkan ligament di sekitar payudara yang
menyokong bentuknya. Ia memaksimakan aliran darah dan mengekalkan tisu kolagen
yang bertindak memberi kemontokkan, keanjalan dan kelembutan payudara.
LABISIA PUMILA
Turut dikenali sebagai Kacip Fatimah, Labisia pumila ialah versi wanita bagi
Tongkat Ali di Malaysia. Secara tradisional, ia digunakan untuk meningkatkan
daya hidup, mengatasi keletihan dan mengetatkan otot faraj wanita. Yang lebih
menarik, ia mengekalkan sifat-sifat kewanitaan.
Kajian menunjukkan Labisia pumila bertindak menyelia reseptor estrogen dan
memiliki khasiat phytoestrogen yang memberi faedah kesihatan, antaranya:
Membantu memulihkan kitaran haid yang terganggu seperti ketika mengalami
stress ataupun sewaktu mengalami masalah kesihatan dan juga setelah memberhentikan
pengambilan pil perancang.
Mengatasi senggugut dan kerengsaan akibat kesakitan haid.
Menstabil, membina dan mengharmonikan sistem peranakan wanita bagi meningkatkan
kesuburan.
Memberi keanjalan dan ketegangan payudara dan mengetatkan faraj.
Menyokong pertumbuhan flora dalam rongga peranakan bagi mengelakkan jangkitan
dan kerengsaan.
Mengatasi keletihan dan memberi keceriaan emosi.
Meningkatkan tenaga ketika bersenggama.
Mengatasi masalah yang bersangkutan dengan sembelit.
Menghindari masalah kembung
Menegangkan otot perut
Melegakan masalah rheumatik.
ASPARAGUS RACEMOSUS
Asparagus racemosus digunakan secara tradisional untuk merangsang penghasilan
hormon wanita. Ia merupakan sejenis phytoestrogen dari India yang dikenali sebagai
Shatavari yang membawa erti "100 suami".
Khasiatnya meliputi :
Menggalakkan penghasilan susu ibu
Meningkatkan libido wanita
Membantu mengatasi gejala menopaus dan melegakan sindrom sebelum haid.
Meningkatkan kesuburan secara menyihatkan organ peranakan wanita.
Melembabkan tisu peranakan yang kekeringan.
Memberi kesan awet muda dan menghindari penuaan pramatang.
Di sebalik peranan di atas, Shatavari juga meningkatkan sistem imun, mencerdaskan
minda, membantu penghadaman dan meningkatkan tenaga dan kekuatan. Ia turut membantu
membersihkan toksin dari darah dan meransang fungsi hati. Shatavari bertindak
sebagai antioksidan, melawan stres, mengatasi alahan dan menguatkan otot. Ia
gunakan oleh syarikat farmaseutikal bagi merawat batuk, kekurangan air, cirit
birit, demam berpanjangan, muntah darah, herpes, asid perut yang berlebihan
dan ulser perut.
Cara Pengambilan : 2 kapsul setiap pagi selepas sarapan. Berhenti pengambilannya
ketika haid. Tidak sesuai untuk ibu sedang mengandung.
Pihak AKUCANTIK.COM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Terbaik dengan paparan resolusi 1024 X 768 pixel | Tarikh akhir kemaskini:
19.01.2009 0:35 AM